Kembara Food Warmer 1pcs

RM2.00

Out of stock

Categories: , Tag: Brand:

Flameless Ration Heater (FRH),  atau juga dikenali sebagai Flameless Heating Pad / Flameless Heating Bag / Food Warmer adalah sejenis alat untuk memanaskan kembali makanan yang suam.

FRH diperbuat oleh sejenis bahan kimia yang bertindak balas apabila dibasahkan dengan air dan akan bertindak memanaskan keseluruhan air tersebut. Ianya juga tidak memerlukan api untuk diaktifkan.

Selain digunakan untuk memanaskan makanan dalam bekas, ianya juga boleh memanaskan minuman dalam thermos seperti teh, kopi dan lain-lain lagi.

Pada asalnya alat ini sering digunakan oleh pihak tentera ketika operasi di luar kem latihan untuk memanaskan makanan meal ready to eat (MRE) / military ration.

Cara Penggunaan:

  1. Letakkan FRH didalam beg pouch atau bekas tahan panas bersama dengan pek makanan yang belum dibuka.
  2. Tuang 200ml air suam sahaja untuk mengaktifkan agen pemanasan FRG sekadar tidak terlalu memenuhi beg pouch / bekas.
  3. Tunggu air tersebut dididihkan oleh FRH dan biarkan seketika selama 15 minit kemudian ambil dan buka pek makanan tersebut dan hidangkan dalam pinggan atau bekas yang bersih.

Amaran:

  • Awasi air yang akan mendidih pada minit pertama FRH.
  • Jangan guna air yang telah panas mahupun yang sudah mendidih untuk mengaktifkan FRH.
  • Air panas yang dihasilkan daripada FRH tidak boleh digunakan untuk minum & hendaklah dibuang.
  • Elakkan daripada air panas daripada FRH bercampur dengan makanan atau minuman anda. Basuh bekas yang menggunakan FRH tersebut dengan air bersih dan biarkan kering sebelum digunakan semula.
  • Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan FRH tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Apabila tidak digunakan, simpan di dalam bekas bertutup dan tempat yang kering kerana kelembapan boleh mengaktifkan FRH.
  • FRH yang tidak digunakan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana mungkin akan mendatangkan kecelakaan kepada orang lain. Ianya mesti dilupuskan bersama bahan berbahaya (hazardous waste) yang lain.
  • Kebanyakkan syarikat penerbangan (seperti AirAsia & MAS) melarang FRH untuk dibawa samada secara hand carry bag mahupun dalam baggage. Sila rujuk dengan syarikat penerbangan anda (untuk penerbangan antarabangsa) jika bahan ini boleh dibawa bersama.
Weight0.5 kg
Customer reviews
0
0 ratings
5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%
Reviews

There are no reviews yet.

Write a customer review

Be the first to review “Kembara Food Warmer 1pcs”

0
error: Content is protected !!
X