0

Rasa baru lagi Syawal. Hari ini dah masuk masuk 1 Zulhijjah, dan bermula sejak semalam di Tanah suci Mekah. Begitulah kitaran masa, terasa semakin pantas meninggalkan kita semua.

Selamat menunaikan ibadah fardu Haji dan Umrah kepada semua muslimin dan muslimat yang direzekikan Allah menjadi tetamu istimewaNya pada tahun ini.

Moga peroleh haji yang mabrur, peroleh kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan selamat pergi dan pulang. Fi amaanillah.

Moga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran serta berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan amal kebaikan terutamanya pada 10 hari pertama bulan Zul Hijjah ini, sebagaimana sunnah nabi SAW.

Sekalipun tidak mampu untuk buat semua, tapi jangan pula kita tinggal semua.

Jazaakumullahu khaira kepada para asaatizah yang sentiasa menyampaikan pesanan dan peringatan dalam wasap-wasap group tentang besarnya fadhilat 10 hari awal Zulhijjah ini.

Sama-sama kita amalkan dan sampaikan serta sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran, mudahan dipandang Allah sebagai amal soleh yang diterimaNya jua. Ameen

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر.

#awalzulhijjah
#amalkansunnah
#ansarmart

Leave a Comment

Your email address will not be published.

0
error: Content is protected !!