Apakah yang dimaksudkan dengan teh kombucha?
Teh kombucha ialah sejenis minuman kesihatan yang kaya dengan bakteria baik (probiotik dan vitamin B. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai teh cendawan Mekah.
Pernahkah anda dengar mengenai khasiat kombucha sebelum ini?
Antara khasiat yang diperkatakan adalah dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser selain meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan juga hati.
Teh kombucha ini juga mempunyai kandungan bakteria probiotik yang merupakan sejenis bakteria baik yang berperanan meningkatkan pertahanan tubuh.
