0

Awal-awal pagi tadi ada hamba Allah wasap nak order set sumbangan sebab ada misi agihan di JB. Beliau dah siap senaraikan barang-barang makanan yang diperlukan untuk anggaran nilai tersebut, secepat mungkin.

Beliau antara pelanggan setia kami yang sering terlibat dengan pelbagai misi sumbangan sebelum ini. Moga Allah kurniakan kesihatan dan limpahan rezeki yang berlimpah ruah untuknya dan juga tim yang terlibat.

Begitulah – berapapun nilai yang ditempah itu, tidak akan sama dengan nilai sebenar. Nilai ingatan, persaudaraan dan nilai keperihatinan kepada insan-insan yang memerlukan. Nilai yang tidak dapat dihitung otak manusia.

Pastinya nilai itu berganda-ganda di sisi Allah untuk insan-insan yang ikhlas berdagang dengan Allah – perniagaan yang tak akan rugi, apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Terima kasih kerana memberi peluang untuk kami mudahkan urusan. Syukur ya Allah kerana sepanjang perjalanan kami beroperasi di sini, Engkau sering hadirkan insan-insan yang menyedarkan kami tentang erti nilai kehidupan. Alhamdulillah.

Selamat menunaikan ibadah puasa daripada kami di Ansar Mart.

Ansar Mart

~ Caring Restrovenience

~ Bantu Semua, Membantu Sesama

#ansarspirit

#ansarcare

Leave a Comment

Your email address will not be published.

0
error: Content is protected !!
X