0

Selain uruskan produk RTE & juadah hotmeal untuk iftar, kami juga masih tetap menguruskan set sumbangan barangan asas ini iaitu misi yang dibuat sepanjang tahun. Alhamdulillah.

Jadi bila tibanya bulan Ramadan, ada set sumbangan khas untuk awal Ramadan dan yang terkini untuk sumbangan Aidil Fitri. Barangan ada yang “standard set” dan ada juga yang diubah suai (customised order).

Kami ada sediakan set sumbangan bernilai RM50, RM70 dan juga RM100, dan boleh dapatkan secara online & offline atau walk in.

Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan tetap kami yang sering buat tempahan, para penyumbang dermawan dan juga para sukarelawan yang setia membantu untuk agihan kepada penduduk sekitar.

Tanpa kerjasama dan sokongan semua, pastinya misi ini tidak akan mampu dilaksanakan dengan jayanya.

Mudahan sedikit usaha kita ini mampu menceriakan insan-insan yang memerlukan di luar sana.

Jazaakumullahu khaira.

Selamat berpuasa dari kami di Ansar Mart.

Ansar Mart

~ Caring Restrovenience.

#ansarcare

#ansarspirit

#infoansarmart

Leave a Comment

Your email address will not be published.

0
error: Content is protected !!
X