Memperkenalkan logo baru Ansar Mart sempena tahun baru 2023! 🥳
Alhamdulillah setelah 10 tahun kami beroperasi, Ansar Mart kini berwajah baru. Tahun baru ini kami membawa konsep terbaru iaitu “RESTROVENIENCE” dimana kami menggabungkan Restaurant + Convenience yang menawarkan anda barangan runcit dan hidangan siap masak yang dimasak segar setiap hari oleh chef profesional kami.🤤
Nama kami diilhamkan daripada perkataan “Ansar” yang bermaksud pembantu dalam bahasa Arab. Nama Ansar Mart menunjukkan cara kami menghubungkan pelanggan kami kepada kemudahan harian melalui makanan dan barangan runcit. 😮
Nantikan wajah baru kedai kami dan banyak lagi akan kami bawakan khas untuk anda.

